Saturday, July 19, 2008

Shahalham : Hati?


Hati itu yang pecah sebenarnya telah terbahagi dua. Yang satu, peminjamnya melontarkan ke dinding. Pecah. Berdarah. Hancur berkecai. Tapi aku kira aku masih mampu mengutip serpihan2 itu dan menyusunnya semula. Walaupun ada yang kurang, tetapi aku tahu,bahagian itu telah sempurna.peminjamnya hanya memerhati. dan aku masih mampu tersenyum sinis.nak ambil balik? pecah tu beb..

Bahagian yang satu lagi, dipulangkan dengan baik oleh sang peminjam.walaupun retak seribu, di alaskan hati itu dengan sehelai sutera lembut dan harum. diletakkan elok di dalam ukiran kristal. berharap agar aku benarkan dia meminjamnya semula. sewaktu hati itu dipulangkan, terasa seakan2 sesaknya nafas. beratnya keluhan. dan aku tersenyum pada sang peminjam. senyuman yang kukira seikhlas mungkin.
kedua-duanya kucantum dengan baik. ada yang kosong. hati itu disimpan di dalam peti yang berkunci. terpulang bila akan dikeluarkan semula. mungkin setelah darahnya berhenti, mungkin setelah lukanya sembuh. jantung akan kubiar berdegup perlahan. tanpa temannya. kukira jantung akan mampu memberi ruang untuk paru-paru bernafas. tanpa temannya. hati..


Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Thursday, July 17, 2008

Shahalham....Again...

Waktu itu, cuma ada hembusan nafas dan esak tangis perlahan. Nyawanya, jiwanya telah melayang di bawa pergi. Hatinya telah hancur berderai. Cuma ada serpihan-serpihan kecil yang masih bersisa. Disimpan jauh di sisi untuk menjadi cebisan kekuatan yang sudah rapuh.Hanya kaki yang mampu melangkah. Hanya badan yang masih mampu menongkah.
Letih. Letih dengan sisa-sisa yang masih tak berpenghujung. Ragu dengan masa depan yang masih belum cerah. Kenapa dia memilih jalan itu. Kenapa dia menyimpang dari lorong yang dia sendiri telah tahu lurusnya.Berikanlah secebis kekuatan untuk dia bangun. Untuk dia bertatih dan berdiri. Dia mahu menjadi dirinya yang dulu. Kuat, tabah. Dia bukan mahu sekadar berdiri. Dia mahu berlari mengejar apa yang telah jauh ditinggalkan.




ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

********************************************************

P/s Yija : Shahalham in jiwang mood..brr..

Tuesday, July 15, 2008

Take for granted

Kadang2 kita tak peduli dgn apa yang org dah wat kita.
kita tak hargai.
kita tak kisah.
Takpelah.






Sekurang-kurangnya saya tahu saya ikhlas.
Walaupon sakit hati sekali pon, terluka skali pon.
Bak kata Mila.
~Aku Lebih Tahu~

Monday, July 14, 2008

Investigator yang hancuss & sEpI

Kat sinilah siasatan dijalankan

Err..kenapa ramai plak yang tanya saya bila nak kawin ni?? Blurr..heheh..





Actually tak nak crita sgt pasal siri penyiasatan saya ni..Tapi oklah. Taknak rahsia ni terbongkar. Cuma skang saya dah pasang banyak informer so, senang skitlah saya punya keje. Hasil dia?Lumayaannnn...




Sabtu & Ahad, saya wat lagi keje menyiasat ape kejadah ni dgn click ofis saya, Dila.(Abah saya sebut nama dia Dahlia..hahaha) Kitorang cari umah suspek ni tapi punyalah jenuh nak cari.Ari Sabtu tak berapa berkesan sangat sebab suspek ada kat umah. Ari Ahad kitorang kuar awal pepagi tu gi umah suspek.Ada informer kat situ cakap dia kuar gi spital ngan mak dia. So kami pusing kampung tu cari umah dia. Majoriti org kat kg tu sangat2 busy body dan qaypo chee.. Diorang tunjuk umah suspek kat mana, tapi penuh dgn soalan lain. Nak wat aperlah,bla..bla.. Suka ati kitoranglah nak gi watpe. Suma tengok kitorang macam nak telan je, maybe sebab dressing kitorang kot. Dengan cap, dengan spek mata itam. Takut kena rompak kot.




Kitorang pon gie lah spital. Tu pon sesat2 gak cari spital Alor Setar sebab dua2 tak biasa drive gi spital Alor Setar. Sib baiklah jumpa and senang sangat nak cari keta dia. Masa tengah amik parking, tetiba suspek muncul. Menjerit gak arr kitorang gelabah sembunyi muka, takut dia nampak sebab jarak dekat sangat. Kitorang follow dia sampai pusat bandar tapi sebab dah menggelabah, terlampau dekat, kami follow jauh terus ilang dari pandangan. Frust tul.









Oleh sebab terlampau frust sangat, terus kitorang gi tengok wayang. Citer Sepi.. Hikhik. Orang kata citer Sepi takleh lawan Cinta. Tapi saya suka citer Sepi banding Cinta. Dahlah tengok cuma seploh orang dalam satu wayang. Maklumlah hari Ahad, Kedah tak cuti. Yang lain tu suma couple yang duduk ujung2 panggung, belakang2.(Nak wat wayang lah tu..) Pergh.. apa lagi btul2 kitorang amik peluang dan tenggelam.



Nielah citer Melayu yang wat saya menangis btoi dari awal sampai habis crita. Asbestos btoi..Abih ayaq mata tau.. Saya ngan Dila memang layan baik punya. Background lagu, sajak, suma bleh wat kita menangis. Plus, memang tak boleh jangka crita ni nak jadi macam tu. Macam citer Cinta, saling kaitan antara satu-satu scene tu, kita tak bleh jangka kenapa.. Apa.. bagaimana.. First2 citer tu slow sketla. Tapi bila dah nampak kesinambungan tu, baru macam touching.. Suma part dalam citer tu bleh wat saya nangis. Kalau orang tengah moody atau sedih2 janganlah tengok. Sebab lepas kuar drpd panggung, saya shedihhh jer.. dahlah tak dapat jejak suspek.

Memang saya suggest lah tengok Sepi kalau sesapa tak tengok lagi. Dia memang citer cintan cintun tapi takdelah macam citer Hindustan yang memang orang malaysia slalu wat tu. Saya tunggu citer Kabir Bhatia lagi. Memang dia ada class sendiri..


Sajak dalam citer Sepi. Masa Baizura kahar baca sajak ni pun saya dah nangis. hampeh. Am I.. Sepi??




Wednesday, July 09, 2008

Super Dummy Duper Investigator


SuperPimper.com



Saya tak pecahkan cermin keta sape2.Tapi saya jadi super dummy duper investigator semalam.hehe..Walaupun saya ni dok kat Perlis bertahun lama dah, kalau nak kuar dari Perlis gi Alor Setar, selalunya ada drebarlah. Tak kira abah ke, kengkawan ke. Nak drive sendiri gi Alor Setar..oh tidak..mampus kena ketuk kepala. Lagipun dulu My dear Mitsubishi Galant tu problem, tak beranilah. Kot2 sangkut kat Alor Setar tu, saper nak jawab kan..kan..


Semalam saya beranikan diri drive gak keta tu gi Alor Setar sorang-sorang semata-mata nak jadi investigator. Try2 jerlah. (shh.. jangan cakap mak abah saya..)Tapi bleh plak sesat. Hampeh. Dah nak nangis lagi bila org yang nak disiasat tu takde kat tempat yang saya tau. Last2 saya tipon org tu, tanya dia kat mana.


Dia plak datang amik saya. hahaha.. apa punya investigator. Tapi dia terkejut gak, macam mana saya bleh sampai. Sebab selama ni dia igt rahsia dia selamat. Pastu on the way balik kangar, saya follow dia. Umah dia di tengah-tengah jalan antara Kangar & Alor Setar. Tapi dia buat dalih macam2 so saya tak tau umah dia.


Saya buat bodoh je ikut dia ke mana pon dia pegi. Dulu dia penah bagitau umah dia tepi sungai A. Tetiba dia belok masuk ada satu jalan ni jauh gila daripada sungai A. Bila saya tengok betul2, jalan tu menghubungkan Sungai B & Sungai A.


Saya patah balik gi Sungai A, tunggu tepi jalan. Last-last saya sembang ngan kakak jual burger kat tepi tu, tanya umah mak dia. Abang dia memang popular gak arr kat area situ, so akak tu pun tunjuklah umah dia. Pastu waktu tu gak dia lalu nak belok masuk umah dia. Bengang jer dia terus tak jadi belok. Dia tipon and kata kat saya, dia tak pernah jumpa orang yang melampau2 macam saya.. ahahaha..


Dia tak tau sejauh mana saya boleh pegi ikut hati saya..





Eh..eh..Saya memang takde keja kan..kan..

 
Dear Diary Blogger Template